Saturday, April 10, 2010


Clash of The Bands sebenarnya terbahagi kepada 2 Bahagian :-


1. Yang pertama Pertandingan untuk Band

2. Creative GIG, Open Performance untuk semua Band indie.

Sekiranya berminat untuk menyertai sila hubungi Nombor yang tertera di poster.

Friday, April 9, 2010

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1)      Pertandingan terbuka kepada kumpulan professional atau amatur yang dianggotai oleh warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 30 tahun.

2)      Peserta bagi setiap kumpulan terdiri daripada 3 hingga 6 orang dan 2 orang pemuzik simpanan. Borang penyertaan hendaklah ditandatangani oleh ketua kumpulan dengan disertakan salinan kad pengenalan dan gambar kumpulan berukuran poskad.

3)      Setiap anggota yang membuat persembahan hendaklah menampilkan imej yang bersih dan mengenakan pakaian yang tidak menjolok mata.

4)      Alatan muzik kecuali drum hendaklah dibawa sendiri oleh setiap pemuzik. Persembahan setiap kumpulan diperuntukkan selama 8 minit dan tidak melebihi 10 minit.

5)      Pihak penganjur berhak menyingkir mana-mana individu yang melanggar syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan atau menimbulkan sebarang kekacauan sehingga menggangu perjalanan pertandingan.

6)      Persembahan akan diadili oleh 3 orang pengadil professional dan keputusan pengadil adalah muktamad.

7)      Lagu yang dipersembahkan hedaklah mempunyai lirik yang sopan dan tidak menyentuh isu-isu sensitif.

8)      Lagu-lagu berentak Metal, Black Metal dan Trash adalah tidak dibenarkan

9)      Setiap kumpulan perlu mempersembahkan 2 buah lagu tidak melebihi 10 minit:

-Lagu bervokal (Bahasa Malaysia-Wajib)

-Lagu bervokal (lain-lain bahasa-pilihan)

10)   Yuran penyertaan sebanyak RM50 mestilah di bayar pada hari pertandingan.

11)   Yuran yang telah dibayar tidak akan di kembalikan sekiranya kumpulan menarik diri dari pertandingan.


Muat turun Borang Penyertaan dan emailkan kembali kepada clashoftheband2010@yahoo.com